Selamat Datang

spop

roll


Click here for Myspace Layouts

muzic in my life

latar belakang

Rama-rama

Rama-rama
Bawa Aku Pergi. . !

Selasa, 13 Disember 2011

Bohsan.. Sakit Hati..Buang Masa Jew..

cuti sekolah awat bosan sangat ehh.. aduhh.. bosan..bosan..bosan.. on9 fb pon.. hurmm kawan ja ada 8ratuss lebih.. tapi rasa mcm ada 2org kwn jew.. hurmm betul tu.. fb nie buang masa ja... hurmm aku buat fb, twitter semua nie sbb Aaron Aziz jew.. Artis yg aku minat.. my idol.. hurmm.. kalau xkerana dia.. aku xbuat ehh.. buang masa ja..

#R,R BaGaN, PeNaNG OmbakRindu.. chahahahaha













Jumaat, 9 Disember 2011

#OmbakRindu Chaiwww yoooo luv u too



the first time Aku MeNiTiS aIR MaTa DaLaM PaNGGuNG WaYaNG.. .. hurmmm RiNDu SuNGGuH.. OLEH KERANA : Aaron Aziz romentik sangat dlm citer nie.. sekarang aku dah tak boleh tidur dah.. rasa macam nak p tengok lagi.. hurmmm.. kali nie nak p dengan siapa pula.. siapa nak ikut jom..

Perfect Men

Aaron Aziz Perfect Man. KELEMAHAN dia?

Assalamualaikum semua…  
  
  Kali ni MAHS nak ‘cakap’ pasal kelemahan Aaron Aziz.Yelah,MAHS tau..tak semua org suka kan Aaron Aziz. Tapi lepas abg Aaron berlakon dalam cerita #NoraElena,boleh dikatakan 80% orang Malaysia ni mula meminati abg Aaron. Bukan sahaja remaja,kanak2. Mak cik,pak cik,nenek,datuk juga ada meminati lakonan abg Aaron.Lagi2 kaum Hawa ni.. Meroyanz diorang bila kita ‘buka mulut’ pasal dia kan.Ramai yg jangka bahawa Aaron Aziz akan memenangi ABPBH 2011.Mudah-mudahan..

  Kembali pada tajuk utama kita.Dimanakah SILAP nya.Boleh dikatakan Aaron Aziz ni ialah Perfect Man walaupun kita tahu NO ONE PERFECT in this WORLD.
Sebab musabab  sy cakap Aaron Aziz ‘Perfect Man’ adalah:
1)     
        1) Aaron mempunyai bakat lakonan yg sangat bagus. Aaron berjaya menjiwai watak dgn baik    malah Terbaeeeek wok! Bak kata pepatah Aril AF7 kan. Jahat,Atagonis,Romantik,Funny,Blur2,Alim,Ustaz semua bolehhhhh.



Aaron memegang watak sebagai seorang Ustaz dalam filem DR.Rozmey,2 Alam
        
        
        2) Mempunyai pakej yg serba lengkap dlm semua aspek. Dari wajah,badan,sifat dan gaya nya sbg  Selebriti yg Macho gitu. Biar hidung tak MANCUNG mcm Adi Putra,asalkan MACHO! 

          
  
3)  Wajahnya yg tampan,kacak,matured,cute dan hensem itu mampu mencairkan coklat Cadburry yg baru dikeluarkan dari peti ais apatah lagi hati wanita2 di luar sana. Alley Iskandar pun kata, perkara yg boleh buat hati diorang tu cair sbb SENYUMAN dia jugak. Slow motion je~                                                                                                                     Ohh… sy pun dah mula cair ni bila terbayang senyuman dia. *Angkat Kaki Masuk Peti Ais*



Senyum tak perlu kata apa apa :)



 4)    Badannya yg tegap dan berketul-ketul mcm wrestler John Cena dan Triple H itu mampu membuatkan lelaki2 di luar sana takut nak ‘cari pasal’ dgn dia. Daripada diorang nak ngorat kak diyana,tak jadi sbb takut kena *dush dush dush* dgn Abg Aaron. Haha.. Gajah pun takut agaknya?


                 macam popye tuu.. tak payah makan bayam,dah ada sendiri dah. Takut tak?


5)    Sifat Aaron yg sungguh baik hati,peramah,mesra alam dan suka berjenaka itu membuatkan peminat2 nya berasa seronok dan tidak kekok apabila bersama (tpi sy tetap MALU,KAKU dan BEKU). Tak kiralah time sesi fotografi,majlis,event, TERserempak mahu pun di Twitter.Dia juga TIDAK PERNAH sombong dan sentiasa MERENDAH DIRI walaupun digelar ‘Jejaka Malaya’. (sy ckp mcm tu sbb sy pernah merasainya.Badan je BEKU dan KAKU, tapi dalam hati potpetpotpet pasal dia bila jumpa. Hehe..)  
   

6)   Aaron jadi rebutan Pengarah2 dan Penerbit2 di luar sana tu! Semua nak Aaron berlakon dalam filem dan drama diorang. Jadual Aaron pun sangat padat tahun ni. Kalau nak tau berapa padat schedule work Abg Aaron ni,Tanya ‘dar’ dia tu.. Kak Diyana. mybe akan terbawa-bawa sampai 2013 kot.. (masyuk babes! $$$ bolehlah mintak belanja makan lepas ni. Hehe…)

7)   Aaron Daddy dan Hubby yg sangaaaaaaatttt penyayang! Aaron dikurniakan isteri yg sangat Cantik,Ayu dan Menawan seperti Puteri Kayangan yg bernama Diyana Halik.Malah,Aaron turut mempunyai 3 orang anak yg comel2. Danish Anaqi (kacak!) Dwi Ariana (cantik!) Dahlia Arisa (comel!) . Walaupun schedule Aaron padat, dia akan cuba ‘mencuri masa’ untuk berehat dan bermain bersama anak-anaknya. Aaron pun selalu belikan isterinya handbag.                             (Sbb tu lah kak diyana saaaaaaaaaaayang sangat sangat kat abg Aaron. Hehe… betul tak kak diyana?) :)


Family Aaron Aziz


inilah 'Puteri Kayangan' tu..



8)   Pernah tak dengar tentang gosip2 atau Kontroversi yg TAK MASUK AKAL atau LIAR tentang Aaron Aziz? Kalau yg pasal TauGay itu dah tentu tak logik! Masakan lelaki Maskulin dan STRAIGHT 100% seperti Aaron ada ‘perasaan’ terhadap kaum sejenis.Tolonglahh… diorang tu yg perasan! mybe org yg cakap mcm tu inginkan Aaron tapi TAK AKAN DAPAT.                          


(Uweeekksss!!)


                                                 Where MASKULIN is a MUST !

1)     9) Aaron disenangi semua org kerana Aaron jenis yg mementingkan penampilan dan kebersihan diri tetapi tidak terlalu cerewet agar sentiasa nampak smart dan kemas. Kalau lalu sebelah dia ada ke bau busuk? Tak kan.. wangi jer.. Aaron sanggup mop lantai menggunakan tuala dgn tangan supaya lantai rumahnya sentiasa bersih dan anak2 nya selamat bermain. Tak ramai lelaki zaman sekarang yg se bersih Aaron. Bukan tak ramai,rasanya dia sorang.                                                                                                               
(     
      (Beruntung kak diyana. Ade org gaji yg ‘kuat’ and rajin.hehe.. jgn marah ye abg Aaron.. J)                                                                       
Itu      
           
        Itu saja lah KELEBIHAN,KEHEBATAN,KEKUATAN Aaron Aziz. Actually baaaaaaaaaaanyakk! Tapi mai tak larat nak taip lurr.. kalau korang suruh mai cakap, boleh! Kalau nak taip semuanya,smpai next week pun tak siap2. Haha…                                                    

         TETAPI,CUMA SATU AJE KELEMAHAN AARON YG UMUM. iaitu MENARI dan MENYANYI!
  
       Tapi,bila sy dengar Abg Aaron menyanyi dgn Jasmine Tye masa Singapore idole tu,OK aje.. tak lunak lah suara dia,tapi MACHO tu ada!

        
                   
      Dia menari pon ok ape?!! Masa kat teater Badai Semalam tu.. Dancing Agogo? Hah! Betul lah.. #Karim menari dgn #Dora (tgk dalam video aje)                                                             
      Yelah,walaupun dia menari tu counting step,tpi COOL dude!!                                                                                kalau nak tgk video dia menari,kat post yg lepas sy ada bagi link k.
   
        
            Tetapi,Apakah KELEMAHAN yg SEBENAR-BENAR dan SEBETUL-BETUL insan yg bernama Aaron Mustapha Aziz??!!! Setiap manusia pasti ada kelemahan,tapi utk mencari Kekurangan atau Kelemahan Aaron ni mmg susah! Apa yg tak kena dgn Aaron?                  
     
      Walau apa pun kekurangan Aaron,peminat2 akn sentiasa menyokong Aaron sehingga akhir hayat. Lebih2 lagi ‘kami’ Aaron Aziz FC a.k.a #aaronators.
      Kerana KELEMAHAN SESEORANG ITU ADALAH KEISTIMEWAANYA..  Begitu juga dgn kita..kan? Ok,sampai sini ajelah cerita mai pasal KELEMAHAN AARON AZIZ yer..       
      thank you sbb read post ni :)

       WE HEARTZ YOU DEEP DEEP Aaron Aziz!!
       Till die we’ll support u..
       Chow! Bye2

Khamis, 8 Disember 2011


Full Name : Aaron Mustapha Aziz
Date of Birth : 23 Feb 1976 
Wife : Diyana Halik ( 15 April 1982)
Anniversary : 3 August 2003
Children : Danish Anaqi 7 year old ( 5th October 2004)
                Dwi Ariana 5 year old ( 25 Feb 2006 )
                Dahlia Arissa 1 year ( 29 May 2010)
NAMA PENUH : MUHAMMAD ADLIL HAKIMI SHAFIE
HARI LAHIR : 18 JANUARY 1997
STATUS : BUJANG LAGI..

Isnin, 5 Disember 2011

Tak Ku SanGKa TaK Ku DuGa

ok.. sekarang lupakan pasal dia.. dan dia xpernah wujud dlm hidup aku.. ok.. find tqvm.. SeLaMaT TinGGaL

Jumaat, 2 Disember 2011

Akaun Facebook Aku Ada Dua..

sekarang akaun fb aku dah ada dua.. 1.Putra Adlil Hakimi... akaun satu lagi.. Muhd Adlil Hakimi Shafie.. nak tahu apa rahsianya yg aku buat akaun lgi 1.. -huh- berat2.. aku buat 1 lgi pon sbb dia.. akaun fb Putra Adlil Hakimi tu.. dulu dia yg add aku.. tiba2 p block aku pula.. adesss.. punya sakit hati lah.. fikirlah sikit.. (kenapa block ku.. awat aku ada salah guna fb kew) kot ya pon.. adk sendiri... tapi aku rasa nie aku xsalah guna fb ehh. kalau aku salah list rakan aku xdak lah sampai 803.. hmm aku buat 1lgi ni dengan harapan dia akan approve aku..  

adoii

Maaf, kami tidak dapat untuk menyampaikan mesej anda ke alamat berikut.
<onmyoji1616@yahoo.com>:Hos jauh berkata: 554 kesalahan penghantaran: dd Maaf, mesej anda ke onmyoji1616@yahoo.com tidak boleh dihantar. Akaun ini telah dilumpuhkan atau dihentikan [# 102]. - Mta1022.mail.bf1.yahoo.com [BODY]

You Always in Our Hearts Slideshow & Video

You Always in Our Hearts Slideshow & Video: TripAdvisor™ TripWow ★ You Always in Our Hearts Slideshow ★ to Kuala Lumpur.Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

sedikit sebanyak #BIodata Aaron Aziz

Nama Penuh : Aaron Mustapha Aziz
Nama Glamor : Aaron Aziz
Tarikh Lahir : 23 February 1976
Asal : Pasir Ris ,Singapura
Status : Berkahwin
Isteri : Diyana Halik
Anak2 : Danish Anaqi , Dwi Ariana & Dahlia Arissa
Tinggi : 178cm
Berat : 80kg

Sabtu, 26 November 2011

SleeQ - Tiba Masa (OST - Kekasih Awal Dan Akhir) 2011 Telemovie

kesepian..kerinduan..kebosanan...

hari ini aku duk umah sorang2.. adoi... dari pgi td hingga sekarang.. duk sorang2.. mak oi.. cepat la balik.. hari ini tiba aku rasa rindu sangat2.. dekat siapa rahsia lah.. korang pon mesti pernah rasa rindu sangat sangat  dekat seseorang tu.. kan? kan? kan? aduhh... time cuti sekolah rasa bosan.. time sekolah rasa nak cuti.. time cuti rasa nak sekolah.. aduhh.. ape nie? hmmmm letih ehh..

Jumaat, 25 November 2011

borin...

Hati ku hati mu.. kita temu dekat sunway carnival.. tengok Ombak Rindu..

Ombak Rindu 1Dis2011


‎"Sejujurnya Ombak Rindu adalah filem yang paling banyak saya mengalirkan air mata dan sebenarnya tidak sukar untuk menangis kerana pengalaman berlakon dalam pelbagai watak sebelum ini banyak membantu.
"Peminat juga kalau hendak tengok sisi lain saya perlu menonton filem ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut pada Selasa.
Dalam pada itu, Aaron memberitahu dia tidak membaca novel berkenaan sebelum memulakan penggambaran kerana tidak mahu terkeliru dengan versi hasil tulisan Fauziah Ashari itu dan skrip yang diterima.
Ujarnya, dia membina watak Haris dengan memberi penumpuan pada skrip yang diberikan oleh pengarah untuk menjayakan watak itu
"Saya langsung tidak membaca novel itu kerana tidak mahu terkeliru dengan skrip yang diberikan.
"Adalah lebih baik saya tumpukan pada skrip sahaja," ujarnya.
Selain Aaron, Ombak Rindu turut dilakonkan oleh Maya Karin, Lisa Surihan dan Bront Paralel dan akan ditayangkan bermula pada 1 Disember depan...

Gangster Bertukaq Sedih

TUNJANG...(dari kiri) Maya, Aaron, Lisa dan Bront Palarae ketika previu Ombak Biru, baru-baru ini.
TUNJANG...(dari kiri) Maya, Aaron, Lisa dan Bront Palarae ketika previu Ombak Biru, baru-baru ini.
BUKAN mudah untuk menggigit emosi penonton. Namun baik Lisa Surihani, Aaron Aziz mahupun Maya Karin Roelcke, setiap seorang mereka bakal meragut perasaan penonton menerusi Ombak Rindu - karya terbaru Osman Ali.
Malah jika penonton mengandaikan pelakon kacak seperti Aaron Aziz sukar menitiskan air mata, persepsi itu harus ditolak ke tepi apabila menyaksikan filem melankolik itu mulai 1 Disember ini.
   
  • FotoMELANKOLIK...Maya bersama Aaron menghayati keserasaian watak Izzah dan Hariz.
  • FotoMEMBUAI PERASAAN...sinematografi cantik memberikan kesan pada penonton.
  • FotoKONFLIK...Lisa memainkan watak Mila berdepan kecewa cinta dirampas Izzah.
Aaron yang pernah tampil dengan watak ‘gangster’ dalam filem Evolusi KL Drift dan KL Gangster jelas berjaya menunjukkan sisi lakon berbeza dalam filem drama berat itu.

Bergandingan bersama dua aktres terbaik iaitu Lisa dan Maya sudah tentu keserasian antara dua pelakon ini menjadi sandaran penting.

Menariknya, ini pertama kali mereka bertiga dipertemukan sebagai bintang utama.
Aaron menjadi sandaran terbaik selepas bergelar Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2010 menerusi Evolusi KL Drift 2.

Memberi tarikan, lakonan cemerlang dua pelakon utama itu turut dibantu pelakon handalan Bront Palarae, Aizah Mahzan, Normah Damanhuri dan Zaidi Omar.

Nyata mereka menjadikan Ombak Rindu sebuah karya yang sarat dengan lakonan yang cemerlang dan meninggalkan impak.

Bagi Aaron, dia akui pengalaman melakonkan watak Hariz iaitu anak Datuk Sufiah lakonan Azizah Mahzan suatu mencabar dirinya sebagai pelakon.

Lebih sekadar menghayati karakter lelaki romantik mencintai dua wanita, Izzah (Maya) dan Mila (Lisa), Aaron berkongsi penghayatan cinta mendalam terhadap gadis yang jujur pada dirinya.

Mengikut plot cerita ini, Hariz bertemu Izzah selepas wanita itu dijual bapa saudaranya. Izzah diselamatkan Hariz sebelum mereka berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan kekasihnya, Mila dan ibunya.

“Saya tidak membaca novel ini kerana saya tidak suka apabila membacanya, ia mempengaruhi lakonan. Ini novel kelima yang saya lakonkan dan saya percaya ada perubahan dilakukan pengarah untuk menterjemah cerita itu lebih menarik.

“Sebagai pelakon, saya tidak mahu keliru dan mencampur aduk karakter dalam novel dengan lakonan saya dalam filem ini. Saya berlakon mengikut skrip dan lokasi juga memainkan peranan penting dalam mencetuskan mood.

“Apa yang mencabar adalah menghidupkan sesuatu adegan agar sampai pada penonton seperti mana yang digambarkan peminat novel ini.

“Tidak ketinggalan, aspek penyampaian dan sinematografi banyak membantu.

“Memang filem ini menonjolkan saya banyak menangis dan saya tidak tahu mengapa, mungkin kerana terlalu taksub dengan watak yang dilakonkan.

“Bagi saya, filem ini suatu yang segar kerana selalu peminat melihat watak antagonis pada diri saya sendiri,” kata Aaron ketika tayangan previu Ombak Rindu diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Maya pula memberi kelainan watak imej bertudung merujuk gadis kampung sebagai Izzah, berpandangan positif terhadap lakonannya kali ini.

Dia sangat menghormati ketika diberi kepercayaan membawa watak itu selepas membaca novel itu tujuh tahun lalu.

“Saya suka watak Izzah dan jatuh cinta terhadap watak Hariz. Apabila mendapat peluang berlakon filem ini, saya rasa ia suatu menyeronokkan apatah lagi melalui pengalaman menjalani penggambaran selama tiga minggu di Langkawi termasuk seminggu di Cameron Highlands.

“Saya suka cerita ini mungkin kerana saya berjiwa romantik. Saya suka apabila perasaan Izzah dan Hariz yang sangat mencintai satu sama lain tetapi sukar untuk nyatakan.

“Apa yang dilalui ketika penggambaran suatu yang mencabar di samping pengarah hebat dan setiap pelakon berupaya memberikan lakonan yang mantap,” katanya yang pernah bekerjasama dengan Osman menerusi Anak Halal dan Cun.

Pengalaman mencabar juga dirasakan Lisa melakonkan watak Mila yang teruja berlakon di bawah arahan Osman. Mendapat latihan bersama Osman dan pelakon berpengalaman, Ellie Suriati, Lisa berpandangan watak kali ini memberi kelainan pada penampilannya.

“Saya sendiri perlu baca novel ini untuk memahami karakter Mila. Selalunya, setiap filem mempunyai watak baik dan jahat tetapi Mila bukan jahat sebaliknya mempunyai sisi putih dan hitam.

“Bagi saya, melakonkan watak ini sebagai satu proses yang menarik dan saya berterima kasih pada Osman atas peluang yang diberikan. Malah, bekerjasama dengan pelakon lain banyak membantu dalam menyampaikan lakonan itu berkesan,” katanya.

Cabaran memberikan lakonan berkesan dikongsi Osman yang bertanggungjawab menterjemah novel asal diadaptasi ke layar perak. Sangat menghargai peluang diberikan produser, Sharad Sharan dari produksi Tarantella Pictures, peluang yang ditawarkan dianggap sangat berharga.

“Sudah lama saya impikan mahu mengarah filem yang diadaptasi novel tetapi belum dapat dan jarang diperolehi. Selepas ditawarkan projek ini, saya menghubungi penulis sebenar untuk berkongsi rasa dan saya fikir lebih selesa jika mendapat restunya kerana itu lebih bermakna.

“Skrip asal ditulis Arman Tono tetapi saya mengolah agar memenuhi budaya negara ini. Ikut skrip asal banyak watak yang diceritakan tetapi ia diringkaskan dalam filem.

“Seperti watak Izzah, saya gambarkan dia dengan karakter bertudung yang sesuai sebagai gadis kampung. Begitu juga, banyak latihan lakon dijalankan kerana pelakon harus bersedia berdepan persepsi peminat novel ini.

“Apabila menangani skrip yang bukan karya saya, perkara pertama harus saya lakukan adalah mencintai cerita itu sendiri dan paling penting ia sebati dengan jiwa saya,” katanya.

Kata Osman, olahan pada skrip asal penting yang disesuaikan dengan penonton tempatan. Malah, struktur asal plot cerita ini dikekalkan termasuk watak utamanya manakala beberapa adegan ditambah seperti lokasi di sawah padi.

Di sebalik debaran menantikan tayangan filem ini bermula 1 Disember, penulis novelnya Fauziah Ashaari meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap hasil filem ini.

“Saya tidak berpuas hati apabila melihat skrip ini ada campur tangan orang lain. Jika pembaca menghabiskan masa empat hingga lima jam membaca novel, filem pula hanya dua jam dan sub plot dipendekkan.

“Saya berharap mudah-mudahan karya ini menjadi filem terbaik dan saya tidak berhak menghakimi lakonan dalam filem ini.

“Apa yang saya harapkan sekiranya sesebuah novel itu mahu diadaptasi kepada filem, produser harus ringan mulut dan melantik penulis novel sebagai penasihat bersama,” katanya.

Hembusan Bayu.. Ombak Rindu bergelora..