Selamat Datang

spop

roll


Click here for Myspace Layouts

muzic in my life

latar belakang

Rama-rama

Rama-rama
Bawa Aku Pergi. . !

Sabtu, 26 November 2011

SleeQ - Tiba Masa (OST - Kekasih Awal Dan Akhir) 2011 Telemovie

kesepian..kerinduan..kebosanan...

hari ini aku duk umah sorang2.. adoi... dari pgi td hingga sekarang.. duk sorang2.. mak oi.. cepat la balik.. hari ini tiba aku rasa rindu sangat2.. dekat siapa rahsia lah.. korang pon mesti pernah rasa rindu sangat sangat  dekat seseorang tu.. kan? kan? kan? aduhh... time cuti sekolah rasa bosan.. time sekolah rasa nak cuti.. time cuti rasa nak sekolah.. aduhh.. ape nie? hmmmm letih ehh..

Jumaat, 25 November 2011

borin...

Hati ku hati mu.. kita temu dekat sunway carnival.. tengok Ombak Rindu..

Ombak Rindu 1Dis2011


‎"Sejujurnya Ombak Rindu adalah filem yang paling banyak saya mengalirkan air mata dan sebenarnya tidak sukar untuk menangis kerana pengalaman berlakon dalam pelbagai watak sebelum ini banyak membantu.
"Peminat juga kalau hendak tengok sisi lain saya perlu menonton filem ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut pada Selasa.
Dalam pada itu, Aaron memberitahu dia tidak membaca novel berkenaan sebelum memulakan penggambaran kerana tidak mahu terkeliru dengan versi hasil tulisan Fauziah Ashari itu dan skrip yang diterima.
Ujarnya, dia membina watak Haris dengan memberi penumpuan pada skrip yang diberikan oleh pengarah untuk menjayakan watak itu
"Saya langsung tidak membaca novel itu kerana tidak mahu terkeliru dengan skrip yang diberikan.
"Adalah lebih baik saya tumpukan pada skrip sahaja," ujarnya.
Selain Aaron, Ombak Rindu turut dilakonkan oleh Maya Karin, Lisa Surihan dan Bront Paralel dan akan ditayangkan bermula pada 1 Disember depan...

Gangster Bertukaq Sedih

TUNJANG...(dari kiri) Maya, Aaron, Lisa dan Bront Palarae ketika previu Ombak Biru, baru-baru ini.
TUNJANG...(dari kiri) Maya, Aaron, Lisa dan Bront Palarae ketika previu Ombak Biru, baru-baru ini.
BUKAN mudah untuk menggigit emosi penonton. Namun baik Lisa Surihani, Aaron Aziz mahupun Maya Karin Roelcke, setiap seorang mereka bakal meragut perasaan penonton menerusi Ombak Rindu - karya terbaru Osman Ali.
Malah jika penonton mengandaikan pelakon kacak seperti Aaron Aziz sukar menitiskan air mata, persepsi itu harus ditolak ke tepi apabila menyaksikan filem melankolik itu mulai 1 Disember ini.
   
  • FotoMELANKOLIK...Maya bersama Aaron menghayati keserasaian watak Izzah dan Hariz.
  • FotoMEMBUAI PERASAAN...sinematografi cantik memberikan kesan pada penonton.
  • FotoKONFLIK...Lisa memainkan watak Mila berdepan kecewa cinta dirampas Izzah.
Aaron yang pernah tampil dengan watak ‘gangster’ dalam filem Evolusi KL Drift dan KL Gangster jelas berjaya menunjukkan sisi lakon berbeza dalam filem drama berat itu.

Bergandingan bersama dua aktres terbaik iaitu Lisa dan Maya sudah tentu keserasian antara dua pelakon ini menjadi sandaran penting.

Menariknya, ini pertama kali mereka bertiga dipertemukan sebagai bintang utama.
Aaron menjadi sandaran terbaik selepas bergelar Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2010 menerusi Evolusi KL Drift 2.

Memberi tarikan, lakonan cemerlang dua pelakon utama itu turut dibantu pelakon handalan Bront Palarae, Aizah Mahzan, Normah Damanhuri dan Zaidi Omar.

Nyata mereka menjadikan Ombak Rindu sebuah karya yang sarat dengan lakonan yang cemerlang dan meninggalkan impak.

Bagi Aaron, dia akui pengalaman melakonkan watak Hariz iaitu anak Datuk Sufiah lakonan Azizah Mahzan suatu mencabar dirinya sebagai pelakon.

Lebih sekadar menghayati karakter lelaki romantik mencintai dua wanita, Izzah (Maya) dan Mila (Lisa), Aaron berkongsi penghayatan cinta mendalam terhadap gadis yang jujur pada dirinya.

Mengikut plot cerita ini, Hariz bertemu Izzah selepas wanita itu dijual bapa saudaranya. Izzah diselamatkan Hariz sebelum mereka berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan kekasihnya, Mila dan ibunya.

“Saya tidak membaca novel ini kerana saya tidak suka apabila membacanya, ia mempengaruhi lakonan. Ini novel kelima yang saya lakonkan dan saya percaya ada perubahan dilakukan pengarah untuk menterjemah cerita itu lebih menarik.

“Sebagai pelakon, saya tidak mahu keliru dan mencampur aduk karakter dalam novel dengan lakonan saya dalam filem ini. Saya berlakon mengikut skrip dan lokasi juga memainkan peranan penting dalam mencetuskan mood.

“Apa yang mencabar adalah menghidupkan sesuatu adegan agar sampai pada penonton seperti mana yang digambarkan peminat novel ini.

“Tidak ketinggalan, aspek penyampaian dan sinematografi banyak membantu.

“Memang filem ini menonjolkan saya banyak menangis dan saya tidak tahu mengapa, mungkin kerana terlalu taksub dengan watak yang dilakonkan.

“Bagi saya, filem ini suatu yang segar kerana selalu peminat melihat watak antagonis pada diri saya sendiri,” kata Aaron ketika tayangan previu Ombak Rindu diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Maya pula memberi kelainan watak imej bertudung merujuk gadis kampung sebagai Izzah, berpandangan positif terhadap lakonannya kali ini.

Dia sangat menghormati ketika diberi kepercayaan membawa watak itu selepas membaca novel itu tujuh tahun lalu.

“Saya suka watak Izzah dan jatuh cinta terhadap watak Hariz. Apabila mendapat peluang berlakon filem ini, saya rasa ia suatu menyeronokkan apatah lagi melalui pengalaman menjalani penggambaran selama tiga minggu di Langkawi termasuk seminggu di Cameron Highlands.

“Saya suka cerita ini mungkin kerana saya berjiwa romantik. Saya suka apabila perasaan Izzah dan Hariz yang sangat mencintai satu sama lain tetapi sukar untuk nyatakan.

“Apa yang dilalui ketika penggambaran suatu yang mencabar di samping pengarah hebat dan setiap pelakon berupaya memberikan lakonan yang mantap,” katanya yang pernah bekerjasama dengan Osman menerusi Anak Halal dan Cun.

Pengalaman mencabar juga dirasakan Lisa melakonkan watak Mila yang teruja berlakon di bawah arahan Osman. Mendapat latihan bersama Osman dan pelakon berpengalaman, Ellie Suriati, Lisa berpandangan watak kali ini memberi kelainan pada penampilannya.

“Saya sendiri perlu baca novel ini untuk memahami karakter Mila. Selalunya, setiap filem mempunyai watak baik dan jahat tetapi Mila bukan jahat sebaliknya mempunyai sisi putih dan hitam.

“Bagi saya, melakonkan watak ini sebagai satu proses yang menarik dan saya berterima kasih pada Osman atas peluang yang diberikan. Malah, bekerjasama dengan pelakon lain banyak membantu dalam menyampaikan lakonan itu berkesan,” katanya.

Cabaran memberikan lakonan berkesan dikongsi Osman yang bertanggungjawab menterjemah novel asal diadaptasi ke layar perak. Sangat menghargai peluang diberikan produser, Sharad Sharan dari produksi Tarantella Pictures, peluang yang ditawarkan dianggap sangat berharga.

“Sudah lama saya impikan mahu mengarah filem yang diadaptasi novel tetapi belum dapat dan jarang diperolehi. Selepas ditawarkan projek ini, saya menghubungi penulis sebenar untuk berkongsi rasa dan saya fikir lebih selesa jika mendapat restunya kerana itu lebih bermakna.

“Skrip asal ditulis Arman Tono tetapi saya mengolah agar memenuhi budaya negara ini. Ikut skrip asal banyak watak yang diceritakan tetapi ia diringkaskan dalam filem.

“Seperti watak Izzah, saya gambarkan dia dengan karakter bertudung yang sesuai sebagai gadis kampung. Begitu juga, banyak latihan lakon dijalankan kerana pelakon harus bersedia berdepan persepsi peminat novel ini.

“Apabila menangani skrip yang bukan karya saya, perkara pertama harus saya lakukan adalah mencintai cerita itu sendiri dan paling penting ia sebati dengan jiwa saya,” katanya.

Kata Osman, olahan pada skrip asal penting yang disesuaikan dengan penonton tempatan. Malah, struktur asal plot cerita ini dikekalkan termasuk watak utamanya manakala beberapa adegan ditambah seperti lokasi di sawah padi.

Di sebalik debaran menantikan tayangan filem ini bermula 1 Disember, penulis novelnya Fauziah Ashaari meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap hasil filem ini.

“Saya tidak berpuas hati apabila melihat skrip ini ada campur tangan orang lain. Jika pembaca menghabiskan masa empat hingga lima jam membaca novel, filem pula hanya dua jam dan sub plot dipendekkan.

“Saya berharap mudah-mudahan karya ini menjadi filem terbaik dan saya tidak berhak menghakimi lakonan dalam filem ini.

“Apa yang saya harapkan sekiranya sesebuah novel itu mahu diadaptasi kepada filem, produser harus ringan mulut dan melantik penulis novel sebagai penasihat bersama,” katanya.

Hembusan Bayu.. Ombak Rindu bergelora..







lov u so much.. hehe

Aaron Aziz Bazirkan Air Mata Demi Ombak Rindu

addthis kongsi icon
Aaron Aziz Bazirkan Air Mata Demi Ombak RinduJANGAN TAK LIHAT.
Teks Oleh: Adlil_Hakimi production
Email: ku_evolusi@yahoo.com
Foto oleh: Adlil Hakimi Photography

KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2011: 
Dia bukan seorang yang mudah menangis, namun apabila membawakan watak Hariz dalam filem Ombak Rindu, air mata lelakinya cukup senang mengalir.

Mengakui watak tersebut menyentuh hati nalurinya, jelas pelakon kacak, Aaron Aziz, perkara itu antara sebab mengapa dia mudah menangis ketika membintangi filem berkenaan bersama aktres jelita Maya Karin.

"Ini merupakan filem pertama yang membuatkan saya menangis. Bukan sekali tetapi beberapa kali saya menangis ketika menjayakan babak sedih. Mungkin saya terlalu taksub dengan watak ini menyebabkan saya senang menangis.

"Watah Hariz sebenarnya antara watak yang saya sudah biasa bawa dalam drama atau produk lain, cuma mungkin ia benar-benar menyentuh hati saya. Orang yang datang menonton juga akan dapat lihat sisi lain saya," katanya ketika ditemui selepas majlis pra-tonton filem arahan Osman Ali itu yang diadakan di Mid Valley Megamall, semalam.

Ombak Rindu merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel nukilan Fauziah Ashari.
Kata Aaron, filem Ombak Rindu merupakan hasil kerja kelimanya melakonkan watak yang diadaptasi daripada novel selepas Stanza Cinta dan Badai Semalam.

Malah jelas Aaron, bagi mengekalkan formula yang diguna pakai sebelum ini, dia seboleh-bolehnya tidak akan membaca novel yang diadaptasi itu agar tidak terikut-ikut dengan jalan cerita penulisnya.

"Ombak Rindu merupakan hasil kerja kelima saya berlakon menerusi adaptasi novel. Sudah menjadi kebiasaan saya, kalau berlakon cerita yang diadaptasi saya memang tidak suka membaca novelnya. Kerana saya tidak mahu terkeliru dengan jalan cerita novel serta skrip. Skrip dan novel sama sekali berbeza. Jadi alangkah lebih baik saya memberikan tumpuan kepada skrip sahaja," katanya lagi.

Mengulas mengenai babak intim antaranya bersama Maya Karin yang diperdagangkan dalam filem berkenaan, Aaron berkata perkara tersebut terpaksa dilakukannya bagi memastikan jalan ceritanya tidak lari daripada novel sebenar.

"Apabila kita adaptasi novel, pastinya isi penting jalan ceritanya perlu ada dan juga perlu sama dengan novel berkenaan. Jadi di dalam skrip, babak tersebut perlu ada untuk divisualkan.
"Kami semua profesional dan berjaya melakonkan babak itu tanpa masalah. Pengarah juga pandai memainkan teknik kamera sehingga menjadikannya nampak lebih realistik,"tuturnya.

Ditanya tidakah isterinya Diyana Halik terasa hati atau cemburu melihatkan aksinya bersama Maya Karin di atas katil, terang Aaron Aziz, emosi kewanitaan berkenaan sama sekali tidak terjadi.

"Dia sendiri sudah membaca skrip saya terlebih dahulu sebelum saya melakonkan babak berkenaan. Malah dia juga ada semasa latihan dan penggambaran babak tersebut. Tidak menjadi isu kepada dirinya kerana dia memahami situasi saya,"ucap bapa kepada dua cahayamata ini.
Selain Aaron dan Maya Karin, filem tersebut turut dibintangi aktres terbaik Lisa Surihani.
Filem arahan Osman Ali itu akan membuka tayangannya di pawagam seluruh negara bermula 1 Disember ini.

Aaron Aziz Bazirkan Air Mata Demi Ombak Rindu

Aaron Aziz Bazirkan Air Mata Demi Ombak Rindu

Selasa, 15 November 2011



fuhhhh... lama erk.. aq x update blog aq nie.. huhu biasa lah bulan nie busy skit.. maklumlah nak cuti sekolah dah.. he3 erm.. program Family Health Day anjuran Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara (fasilitator).. Majlis Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat at Hotel Royal,Penang (11.11.11 wa banyak lucky lurr.. huhu)

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidiladha untuk pembaca blog sy . Semoga tiap langkah akan diberkati di dalam jalan yang diredhaiNya.

Rabu, 2 November 2011

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku muntah depan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku pergi dating dengan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Justin Bieber
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - B*B*
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab aku couple ngan dea
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

**Aku terhantuk Taylor Swift sebab aku cemburu.Wuuu,mana dia tau ni xD

sad..sad..sad...

today is very frustrating .. But frustration is that people will not see ..... because I do not want people to see me very disappointed today .. Thank you very much.. Sad..Sad..Sad..Sad.. :( :(

Jika anda menangis melihat kertas soalan d ia adalah satu penghinaan ....
tetapi
Jika guru anda menangis melihat kertas jawapan anda ....
ia adalah pencapaian anda ..
Berfikir yang berbeza .....

Insan Teristimewa.....Aaron Aziz

Hey insan teristimewa…walaupun kau sudah lama dalam bidang seni…aku baru menyedari kehadiran dirimu.Bermula dari tempat kelahiran kau..’Kota Singa’ dan bertapak di Malaysia.


Kau bermula dari ‘Cinta Bollywood,Emil Emilda,Metropolitan,Kasih Tercipta,Dol Minah Nak Kahwin,Datin Ghairah,Bohsia dan Hilang’.Pahit getir kau lalui.Kau juga idola kepada semua LELAKI di Dunia ini,Tubuh badan kau….Dari Zero ke Hero
Selepas penat lelah kau lalui,Terbinalah Aaron Aziz Production.Laman Web kau www.aaronaziz.com .Selalu dikunjungi oleh peminat-peminat setia kau.Termasuk lah AkU @adlil535hakimi ..atau kau mungkin mengenali aku sebagai Adlil Hakimi.Thanks 4 d add Bro! Dulu kau masih mentah dalam bidang lakonan.

Bakat yg dikurniakan ALLAH tidak kau persiakan.Mencari rezeki di atas bakat sendiri.Jika dahulu kau tidak dikenali ramai.Begitu juga aku,terasing dgn nama Aaron Aziz atau nam,a sepenuhnya Aaron Mustapha Aziz.Siapa kau?Siapa kau?Tiada siapa yg kenal kau dahulu.
Tetapi pada tahun 2011 ini..nama Aaron Aziz kian melonjak tinggi.Dahulu kau hanya insan biasa,tapi kini kau INSAN ISTIMEWA di mata semua orang.

Nama kau mula melonjak,popular dan terkenal slepas mmbawa watak sebagai seorang lelaki yg Tampan,Bertanggungjawab,Bijak,Penyanyang,Romantik,Baik Hati,Jujur dan Gentlemen…Seth Tan.Idaman Wanita Seluruh Dunia..Semua Wanita TERGODA dgn watak Seth Tan..

Saban hari nama kau menjadi bualan hangat.Aaron Aziz! Aaron Aziz! Aaron Aziz! Tidak syak lagi!! Nama kau menjadi semakin melonjak dan popular.Menjadi watak antagonis dalam KL Gangster,Seorang yang mencintai kepada Agama dalam Stanza Cinta dan Romantik dalam Nora Elena.2011 tahun yg Bertuah bagi kau.Banyak menerima tawaran berlakon.Bak kata pepatah “Most Wanted Actor”..Aku tahu kau bangga dgn pencapaian kau sekarang ini..Aku juga begitu pasti bahawa ‘MALAYA’ pun bangga dengan insan istimewa seperti kau Aaron Aziz.


Dulu kau hanya pelakon biasa,tapi sekarang kau pelakon LUARBIASA.Dahulu kau hanya palakon sampingan,tetapi kini kau pelakon utama.KL Ganster,Nora Elena,Stanza Cinta,Ngorat dan Ombak Rindu…Kau lah sandarannya.Kau kini semakin matang,mantap dan hebat dalam lakonan kau.Kau bukan ‘Budak Mentah’ lagi.Dek kerana kau juga lah jualan KL Gangster mencapai sehingga 12 JUTA.Tahniah!! Kerana kau drama Nora Elena menjadi drama paling popular di Malyasia.Kerana kau Aaron Aziz,kerana kau Insan Teristimewa yg dikurniakan ALLAH..Kau SATU DALAM SEJUTA..

Dengan hasil titik peluh kau,kau telah merancang utk pergi menunaikan umrah bersama isteri tercinta dan mungkin juga rezeki kau yg melimpah ruah itu adalah untuk anak-anak kau.Aku doakan semoga kau sukses dalam kerjaya dan hidup.Amin…kau lah idolaku,kau lah Insan Istimewa,kau lah abangku dan kau lah segalanya bagiku.Sekali lagi,kau lah segalanya bagiku selain kawan dan keluarga.


Dengar sini,tiada siapa yg boleh kutuk kau,hina kau atau caci kau.Aku tahu kau tidak sempurna..Aku pun tidak sempurna.Adakah mereka semua SEMPURNA ??! TIADA SATU PUN MANUSIA YG SEMPURNA DI DUNIA INI !!!

Mereka tidak berhak mengatakan kau begitu! Aku percaya kau bukan seperti yg mereka katakana itu.Kau Berjaya,kau hebat dan kau Luarbiasa !! Aku juga tidak percaya segala tohmahan yg mereka lemparkan kepada kau,kerana….Aku percaya kan kau.Aku percayakan kau ‘ABANG’.Walaupun hakikatnya aku ini tidak layak menjadi ‘ADIK’ kau.Menjadi KAWAN kau juga.Aku tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.TAPI,aku sentiasa berdoa agar satu hari nanti kita akan bertemu dan aku juga bias menjadi ‘KAWAN’ atau ‘BFF’ atau mungkin menjadi ‘ADIK’ kau…Kan ‘ABANG’ ??

Aku berdoa dan sentiasa berdoa kepada ALLAH.Hanya kepada ALLAH !! Amin…..