Selamat Datang

spop

roll


Click here for Myspace Layouts

muzic in my life

latar belakang

Rama-rama

Rama-rama
Bawa Aku Pergi. . !

Jumaat, 25 November 2011

lov u so much.. hehe

Aaron Aziz Bazirkan Air Mata Demi Ombak Rindu

addthis kongsi icon
Aaron Aziz Bazirkan Air Mata Demi Ombak RinduJANGAN TAK LIHAT.
Teks Oleh: Adlil_Hakimi production
Email: ku_evolusi@yahoo.com
Foto oleh: Adlil Hakimi Photography

KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2011: 
Dia bukan seorang yang mudah menangis, namun apabila membawakan watak Hariz dalam filem Ombak Rindu, air mata lelakinya cukup senang mengalir.

Mengakui watak tersebut menyentuh hati nalurinya, jelas pelakon kacak, Aaron Aziz, perkara itu antara sebab mengapa dia mudah menangis ketika membintangi filem berkenaan bersama aktres jelita Maya Karin.

"Ini merupakan filem pertama yang membuatkan saya menangis. Bukan sekali tetapi beberapa kali saya menangis ketika menjayakan babak sedih. Mungkin saya terlalu taksub dengan watak ini menyebabkan saya senang menangis.

"Watah Hariz sebenarnya antara watak yang saya sudah biasa bawa dalam drama atau produk lain, cuma mungkin ia benar-benar menyentuh hati saya. Orang yang datang menonton juga akan dapat lihat sisi lain saya," katanya ketika ditemui selepas majlis pra-tonton filem arahan Osman Ali itu yang diadakan di Mid Valley Megamall, semalam.

Ombak Rindu merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel nukilan Fauziah Ashari.
Kata Aaron, filem Ombak Rindu merupakan hasil kerja kelimanya melakonkan watak yang diadaptasi daripada novel selepas Stanza Cinta dan Badai Semalam.

Malah jelas Aaron, bagi mengekalkan formula yang diguna pakai sebelum ini, dia seboleh-bolehnya tidak akan membaca novel yang diadaptasi itu agar tidak terikut-ikut dengan jalan cerita penulisnya.

"Ombak Rindu merupakan hasil kerja kelima saya berlakon menerusi adaptasi novel. Sudah menjadi kebiasaan saya, kalau berlakon cerita yang diadaptasi saya memang tidak suka membaca novelnya. Kerana saya tidak mahu terkeliru dengan jalan cerita novel serta skrip. Skrip dan novel sama sekali berbeza. Jadi alangkah lebih baik saya memberikan tumpuan kepada skrip sahaja," katanya lagi.

Mengulas mengenai babak intim antaranya bersama Maya Karin yang diperdagangkan dalam filem berkenaan, Aaron berkata perkara tersebut terpaksa dilakukannya bagi memastikan jalan ceritanya tidak lari daripada novel sebenar.

"Apabila kita adaptasi novel, pastinya isi penting jalan ceritanya perlu ada dan juga perlu sama dengan novel berkenaan. Jadi di dalam skrip, babak tersebut perlu ada untuk divisualkan.
"Kami semua profesional dan berjaya melakonkan babak itu tanpa masalah. Pengarah juga pandai memainkan teknik kamera sehingga menjadikannya nampak lebih realistik,"tuturnya.

Ditanya tidakah isterinya Diyana Halik terasa hati atau cemburu melihatkan aksinya bersama Maya Karin di atas katil, terang Aaron Aziz, emosi kewanitaan berkenaan sama sekali tidak terjadi.

"Dia sendiri sudah membaca skrip saya terlebih dahulu sebelum saya melakonkan babak berkenaan. Malah dia juga ada semasa latihan dan penggambaran babak tersebut. Tidak menjadi isu kepada dirinya kerana dia memahami situasi saya,"ucap bapa kepada dua cahayamata ini.
Selain Aaron dan Maya Karin, filem tersebut turut dibintangi aktres terbaik Lisa Surihani.
Filem arahan Osman Ali itu akan membuka tayangannya di pawagam seluruh negara bermula 1 Disember ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan